top of page

Menyusur Sungai Perak

Ceritera

Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.

 

Bagi sebuah daerah yang muncul dan wujud di pinggir sungai, Sungai Perak merupakan nadi penting kepada bandar ini – sejak dari mula kewujudannya hingga kini.

 

Atas justifikasi tujuan penerbitan ini untuk berperanan sebagai video promosi dalam menggalak pelancongan – pendekatan naratif akan ditampilkan lebih ceria dengan grafik yang meriah serta trendy.

 

Bagi memastikan naratif dan penceritaan yang menarik, suara latar yang digunakan akan membawa watak seolah pencerita – yang mana membawa penonton menyusuri kawasan-kawasan di sepanjang Sungai Perak – yang berada dalam daerah Kuala Kangsar ini. 

sungaiperak02a.jpg
bottom of page