Ceritera: Menyusur Sungai Perak
Pekan Manong
Pekan Manong sebuah pekan kecil yang merupakan pekan terakhir dalam jajaran Sungai Perak dalam daerah Kuala Kangsar. Ia terletak di pinggir Sungai Perak yang menempatkan beberapa destinasi pelancongan eko seperti kawasan air terjun Ulu Kenas. Tarikan di pekan ini adalah suasananya yang sangat tenang dengan beberapa bangunan kedai lama dengan perwatakan yang tersendiri. Sungai masih menjadi fungsi penting kepada penduduk sekitarnya dalam penghasilan pendapatan mereka. Penduduk masih turun ke sungai untuk aktiviti memukat serta akitiviti sungai yang lain. Kebanyakan penduduk melibatkan diri dalam Industri Kecil Sederhana (IKS) sebagai alternatif bagi menyara kehidupan mereka.
Menyusur Sungai Perak
Ceritera
Penerbitan siri video lapan episod ini menampilkan genre dokumentari dan video promosi – bagi melihat hubungan akrab serta signifikannya Sungai Perak dalam kewujudan dan perkembangan Kuala Kangsar dari dahulu hingga kini – dalam pelbagai aspek termasuklah warisan, masyarakat serta budaya yang ada di kawasan tersebut.